Syekh abdul qodir al jailani merebut keranjang ruh dari tangan malaikat maut sehingga semua ruh yang di cabut berhamburan dan kembali ke jasadnya masing masing (Ribuan mayyit hidup lagi), Sehingga malaikat maut menyesal sekali atas kejadian itu. Berikut kisahnya di dalam kitab hilyatul jalalah hal 15-16 واعلم ان تلاميذ القطب الرباني والغوث الصمداني سيدنا الشيخ عبد القادر الجيلاني رضي الله عنه يقول ومن كراماته انه توفي احد خدام الغوث الاعظم وجاءت زوجته الى الغوث فتضرعت والتجأت اليه وطلبت حياة زوجها فتوجه الغوث الى المراقبة فرأى في عالم الباطن ان ملك الموت عليه السلام يصعد الى السماء ومعه الارواح المقبوضة في ذلك اليوم فقال يا ملك الموت قف واعطني روح خادمي فلان وسماه باسمه فقال ملك الموت اني اقبص الارواح بأمر الهي وأؤديها الى باب عظمته كيف يمكنني ان اعطيك روح الذي قبضته بأمر ربي فكرر الغوث اعطاء روح خادمه اليه فامتنع من اعطائه وفي يده ظرف معنوي كهيئة الزنبيل فيه الارواح المقبوضة في ذلك اليوم فبقوة المحبوبية جر الزنبيل واخذه من يده فتفرقت الارواح ورجعت ال. ابدانها فناجى ملك الموت علي...
Ada pun adab-adab seorang murid terhadap gurunya maka iaitu :
1. Apabila ia menemui gurunya maka hendak lah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu, jika ada guru di atas gurunya maka diutamakan salam kepada guru di atas gurunya.
3. Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
4. Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.
5. Jangan ia menyangkal ( menunjukkan rasa tidak puas hati ) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata seperti si pulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.
6. Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.
7. Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk di tepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.
8. Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendak lah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang solat.
9. Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.
10. Apabila gurunya berdiri hendak lah ia berdiri untuk menghormatinya.
11. Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.
12. Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga ia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
13. Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya ( bukan menyalahi agama ) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dalam hal ini hendak lah ia mengingati akan perkataan nabi Musa AS bagi nabi Khidhir AS seperti yang disebutkan dalam Al-Quran :
"Berkata { Musa kepada Khidhir } : "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar". (Surah Al-Kahfi 18:71)
Jika engkau seorang guru maka hendak lah engkau jaga adab-adab ini :
1. Ihtimal ( banyak bersabar menanggung kesusahan ).
2. Lambat marah.
3. Duduk dengan haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.
4. Meninggalkan takbur atas sekalian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.
5. Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.
6. Meninggalkan bergurau dan bermain-main.
7. Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.
8. Membimbing murid yang bebal atau kurang cerdik.
9. Tidak memarahi murid yang bodoh.
10. Tidak malu dengan berkata "aku tidak tahu" ( bagi masalah yang tidak diketahuinya ).
11. Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.
12. Menerima hujjah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.
13. Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.
14. Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.
15. Melarang murid daripada menghendaki yang lain dari Allah dengan ilmunya.
16. Melarang murid dari menuntut ilmu yang fardhu Kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu fardhu Ain. Dan ilmu yang fardhu Ain itu ialah yang berkenaan dengan yang membaikkan zahir dan batin dengan taqwa.
17. Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya ( ilmunya ).
*sumber dari mafhum Kitab Ta'lim Al-Muta'allim
Komentar
Posting Komentar